Thursday 10 November 2011

MAKRO DAN MIKRO PENGAJARAN


Susah sebenarnya melaksanakan tugas makro dan mikro pengajaran terutamanya saat-saat akhir tahun. Banyak program yang perlu dilaksanakan dan pelbagai kerja lagi perlu disiapkan. Bukan masalah pengajaran dalam bilik darjah, tetapi kesukaran mencari masa yang sesuai lebih-lebih lagi mendapatkan pakar merakam aktiviti pengajaran. Bukan semua rakan-rakan mahir, ada yang memiliki video, telefon video, kamera dan macam-macam lagi, tetapi bimbang tidak dapat dipindahkan ke dalam cd dan sebagainya. Saya memang kesuntukan masa untuk menyediakan semua ini, namun akhirnya berjaya juga dilaksanakan walau terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Tambah lagi masalah gangguan bunyi bising dari bangunan blok bersebelahan akibat kerja pembaikan sedikit sebanyak mengganggu pengajaran saya dan tumpuan murid.


Tujuan mikro dan makro pengajaran adalah untuk :


  • mengukuhkan pendekatan  pelajar kepada sesuatu pengajaran
  • mengenalpasti kemahiran yang perlu diperbaiki
  • meningkatkan kefahaman pelajar bagi pelbagai gaya pengajaran yang berkesan
  • menerima maklum balas yang berkesan

Memulakan pengajaran
Set Induksi
Sesi temubual murid bersama tokoh
Aktiviti perbincangan murid

Hasil kerja berkumpulan