Sunday 5 February 2012

Maulidurrasul 1433 hijrah


Tahniah kerana berjaya mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan sepanduk tahun ini...

Tahun ini semua guru SK Jambatan Putih menyertai perarakan sempena sambutan Maulidurrasul 1433 hijrah dengan tema pakaian warna 'merah'. Walaupun ada guru yang tiada baju warna merah tetapi tetap berusaha mencari walaupun terpaksa membeli baju merah baru. Semuanya kerana semangat dan persefahaman dalam kalangan guru yang bersama-sama ingin menjayakan perarakan tersebut.

Sememangnya jauh berjalan kaki bermula dari MPT Tawau ke Dewan Masyarakat Tawau. Namun kepenatan tidak terasa kerana gembira sebab dapat bersama-sama rakan guru serta pengalaman berjalan di jalan raya dengan bebas. Laluan kenderaan ditutup, trafik ada dimana-mana... seronoknya... terasa lucu pulak... hehehe

Semua sepanduk yang dipertandingkan cantik-cantik belaka, tapi alhamdulillah... kerana sepanduk SK Jambatan Putih berjaya mendapat tempat ke 2. Usaha keras ustaz dan ustazah panitia Agama Islam sangat berbaloi... Niat dihati bukan untuk menang tapi sama-sama menyokong dan memeriahkan sambutan maulidurrasul tahun ini. Kejayaan tempat ke 2 merupakan suatu bonus buat sekolah... Tahniah... tahniah... tahniah...


Posing paling menarik...

No comments:

Post a Comment