Sunday, 12 February 2012
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2012
13 Februari 2012, akhirnya pelantikan rasmi Pengawas PSS sesi 2012 telah berjalan dengan lancarnya. Guru Besar Tuan Hj Chumi bin Angan telah menyempurnakan watikah tersebut kepada ketua pengawas PSS iaitu Nur Farah Aina binti Ambosakka dan penolongnya Anis Amanina binti Bacho. Seramai 24 orang murid telah terpilih dan terdiri dari murid-murid tahun 6, 5 dan 4.
Pusat Sumber SK Jambatan Putih yang pada masa kini masih dalam proses ubahsuai dan tidak dapat digunakan lagi. Walaubagaimanapun rasa tanggungjawab yang semakin bertambah kerana pusat sumber kini berada di bilik khas dan bukan lagi bilik sementara seperti tahun-tahun sebelumnya. Keluasan berbanding bilik sebelumnya menyebabkan saya, guru-guru penolong dan pengawas-pengawas PSS perlu membuat perancangan yang lebih rapi agar setiap sudut bilik PSS ini dapat digunakan sepenuhnya dan memberi faedah bersama seiring dengan hasrat untuk mencapai visi dan misi sekolah. Insyaallah, niat yang baik serta tujuan yang baik pasti akan dimakbulkan oleh-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment