Thursday, 27 October 2011

TIPS MENGARANG YANG BERKESAN

Pelbagai gelagat murid semasa menjawab soalan peperiksaan...

Pilih soalan yang tepat
  • Baca semua soalan.
  • Pilih tajuk karangan berserta format yang benar-benar kamu kuasai.
  • Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.

Kunci Soalan
  • Kunci karangan biasanya berupa kata atau rangkaian kata. Contohnya :

i  Ceritakan tindakan-tindakan………
         ii  Tulis perbualan………..
        iii  Bincangkan……..
  • Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada kehendak soalan


Sediakan Rangka Karangan
  • Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
  • Isi-isi karangan perlu diberikan huraian berserta contoh yang sesuai.
  • Karangan anda harus mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk

Tulislah karangan yang baik
  • karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
  • Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum tentang kehendak soalan.
  • Pada bahagian isi, memadailah empat isi berserta contoh yang sesuai.
  • Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan perkaitan isi karangan
  • Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun, dan sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.

Semaklah karangan
  • Tujuannya supaya:

    i   markah tidak ditolak
    ii  dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa;
    iii dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi;
    iv panjang karangan menepati arahan soalan

PENULISAN (BAHAGIAN B)



InHouse Training Skema Pemarkahan Penulisan Bahasa Melayu untuk semua guru BM.



PANDUAN PEMARKAHAN ITEM BAHAGIAN B

Penskoran CEMERLANG (26 - 30 Markah)
  1. Persembahan atau penyampaian idea yang jelas dan menarik untuk dibaca.
  2. Pengolahan idea yang bernas, mempunyai huraian atau contoh yang lengkap dan menggunakan pelbagai ayat gramatis bertepatan dengan tema.
  3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema atau soalan yang diberikan.
  4. Penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan.
  5. Mengandungi pendahuluan, minimum empat isi dan penutup yang bernas.
  6. Membuat kesalahan yang minimum sekitar satu hingga tiga kesalahan.


Penskoran BAIK (21 - 25 Markah)
  1. Persembahan atau penyampaian idea yang jelas dan menarik untuk dibaca.
  2. Pengolahan idea yang bernas, mempunyai huraian atau contoh yang lengkap dan menggunakan pelbagai ayat gramatis bertepatan dengan tema.
  3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema atau soalan yang diberikan.
  4. Penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan.
  5. Mengandungi pendahuluanminimum empat isi dan penutup yang bernas.
  6. Membuat kesalahan yang minimum sekitar satu hingga tiga kesalahanan.


Penskoran SEDERHANA (16 - 20 Markah)
  1. Persembahan atau penyampaian idea yang jelas untuk dibaca.
  2. Pengolahan idea yang baik dan menggunakan ayat yang gramatis bertepatan dengan tema atau soalan.
  3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema atau soalan yang diberikan.
  4. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapu masih tidak menjejaskan karangan.
  5. Mengandungi pendahuluanminimum dua isi dan penutup yang bernas.
  6. Membuat kesalahan yang maksimum sehingga lapan kesalahanan.
  7. Kurang daripada 80 patah perkataan.
Ketua Panitia yang sentiasa bersemangat.
Penskoran MEMUASKAN (11 - 15 Markah)
  1. Persembahan atau penyampaian idea mudah dan ringkas untuk dibaca
  2. Pengolahan atau menyatakan idea menggunakan ayat dasar yang bersesuaian dengan tema atau soalan.
  3. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad, masih sesuai dengan tema.
  4. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah dan koma) dan terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan dalam karangan.
  5. Mengandungi pendahuluan, minumum satu isi dan penutup yang sesuai.
  6. Membuat banyak kesalahan tetapi masih tidak menjejaskan idea keseluruhan.
  7. Kesalahan maksimum sehingga 15 kesalahan.


Penskoran PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM (1 - 10 Markah)
  1. Persembahan atau penyampaian idea tidak sesuai dengan tema karangan.
  2. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema serta sukar difahami.
  3. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak berkesesuaian dengan tema.
  4. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan sepenuhnya. 
  5. Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak tema.
  6. Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas maksudnya.
  7. Keseluruhan persembahan / isi karangan terpesong atau tidak menjawab soalan atau tajuk yang diberi.

Wednesday, 26 October 2011

LASABELA KE PULAU MABUL


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog saya yang baru ni. Sebenarnya saya masih tercari-cari tajuk yang sepatutnya saya bincangkan dalam blog ni. Walaubagaimanapun, suka rasanya saya nak bercerita tentang aktiviti Pasca UPSR yang telah diadakan di sekolah saya baru-baru ini. SK Jambatan Putih Tawau, sekolah ini masih lagi dikenali sebagai sekolah baru dan tahun ini merupakan tahun ke 5 UPSR. Tahun ini alhamdulillah, rezeki murid-murid dapatlah dibawa ke Pulau Mabul Semporna. Seronok rasanya dapat melihat murid-murid gembira kerana terpilih menyertai lawatan tersebut. Gambar di atas tu sebelum memulakan perjalanan selepas pendaftaran.


Perjalanan ke Pulau Mabul dari jeti selama 45 minit (sama pula masanya perjalanan naik kapal terbang dari Tawau ke Kota Kinabalu). Jaket keselamatan jangan lupa. Dalam perjalanan seram sejuk rasanya, tapi seronok pula... Pertama kali dapat melihat ladang Rumpai Laut yang diusahakan di laut... hmmmm...


Sempat lagi budak-budak ni main bola baling...


Ruang istirehat yang ditempah sepenuhnya untuk kami. Sudah penat mengembara, main air, bermain bola baling tiba masanya untuk berehat dan makan.


Sempat bergambar kenang-kenangan... Rugi tak sempat nampak penyu...


Posing berlatarkan pantai Pulau Mabul... sebelah kanan tu Cikgu Puteri, guru penyelaras Tahun 6.